Wednesday 21 August 2019

Masih Disini

Assalamualaikum.. (Waalaikumussalam)

Last posted tu aku lupa bila tarikhnya. Tapi bilan baca balik rasa macam lawak pun ada jugak.
Nak tau pasal apa ?
Haaaa, sebab benda tu still melarat sampai ke harini gaiis. 😒


Takpe la kot, dah nama pun aku tak kesah kan.
Dia buat lah ikot kepala dia aku tak kesah janji tak kacau aku sudahh lerrr.

Well, untuk kedua kali nya aku " Follow Up" permohonan pindah aku tue. Maklumlah kena follow up sebab staff HR dah berubah. So, mula2 macam ok lah dy tanya apa kan siap mntak bukti surat sakit apa semua pastu dtg office lagi nak tgok muka aku ni. (Nasib baik tym tu aku MC) haaa nie nasib baik dan agak malang lah jugak.

Sebab ?
Tu haaa yang sekor baru wujud dalam department ni ambik kesempatan la pulak.. Aduhaiii menyesal pulak MC hari tu. 😅

And you know what ? baru semalam dah dy dapat surat pengesahan jawatan dy 😒 sakit hati lah weii sebab aku mohon dy yang dapat. Pastu dia tu haihh malas cakap bab kerja biar kakitangan yang ada je faham.

Takpe gaiis, aku tak kesah. Janji aku dapat berambus cecepat daripada sini pun dah cukup sebenarnya. Hmmm tasabaarrrr sebenarnya mmg malas dah nak kerja sini tapi apakan daya selagi dikau bergelar anak silakan mereput kerja 😁


Haaa sapa suruh aku kawin cecepat aku tumbok karang. 😈

Takk, punca dy aku bosan hahaha sebab asyik menghadap PC pastu kerja semua dah siap hmmm yala kerja aku mana bole buat slow2 kalau bole 10 permohonan kena siapkan dalam seminit. Mmg hebat bos aku nie maybe dy nampak aku ni macam robot kot yala tulang je ade kan dah kira mcam besi la gitewww

Takpe bos, oneday bila aku dah berambus dari sini aku nak sekor tu rasa kerja yang aku buat baru tau rasa diaaa hahahah

Ok lah macam penat pulak duk menaip tak stop nie. Kekadang best kekadang tak best la pulak hahah


Baii


Maaf lah terajak membawang pepagi ni. Nie kes xde teman nak curhat hahahha


Semoga panjang umur sihat sihat selalu dan dirahmati Allah.

Wednesday 9 January 2019

Aku Tak Layan Drama


Assalamualaikum, Haii 

Tengah mood elok pastu takde keje haa mula lah aku dengan jari popcorn aku nie (Tapi aku bukan keyboard Warrior okay) 🙊

Tak, cerita dia macam nie. Bismillahirahmanirrahim semoga aku bukan dari golongan yang mengaibkan orang dan diaibkan orang. Aamiin ya rabb. 

Aku memang lama gila lah kerja dalam department nie lama dari orang yang baru tu (Padahal baru 6 tahun) 😏
Aku nie sepanjang kerja sini memang nampaklah jugak "Happy" tue even kerja memang banyak gila tanggungjawab pun banyak MasyaAallah bukan mengeluh tapi memang banyak dengan kadar gaji yang Alhamdulillah masih cukup tapi kalau ikutkan kepenatan ni hmm 😔

Tapi, yang tapinya ni sebab sekeliling ni lah, kakitangan dengan tak, dia mmg punca dia mmg sebab kakitangan ja bukan sebab lain pun. Haha 😆 aku kawan dengan orang memang lah kadang aku rasa terlebih baik pun ada jugak sampai orang duk pijak pijak aku, Aku perasan tapi sebab yalah dah nama pun kawan kan. Yang menjadi masalahnya, bila orang asing datang pastu kau macam tak boleh nak masuk dengan dia sebab perangai dia tu memang kau tak berkenan pastu buat masalah pastu dengki pastu fitnah orang haiih memang berasap jugak lah, tapi aku jenis yang biarlah dia, takpe tak payah dah rapat lagi dengan dia. Haaa gitew so, kiranya aku nie tak suka sebenarnya gaduh gaduh tumbuk tumbuk nie sebenarnya, pastu aku pn buat lah macam yang aku plan tu. 

Tiba tiba... 

Kakitangan yang duk satu department ni pulak jenis yang dia ikut suka dia ja nak layan xlayan kita buang muka semua tu. Ehh, mmg dah lama perangai dia tu aku tau macam tu tapi kali ni kemalasan aku bertambah dek kerna kakitangan baru tu, so aku malas pedulikan hal orang. Dia layan aku ok tak layan sukahati kau. Pastu, Apa yang dia buat dekat aku, aku cubalah buat balik dekat dia pastu dia pun "Respon" weii, ehhh pandai mula terasa masa rossa semua kan, time dia buat macam tu dekat aku dia ingat aku ni tak terasa ka apa. 😒 marah pulak bila orang buat dia macam tu. Haaa baru kau tau perangai kau macam mana ? Macam tulah macam yang aku cuba praktik kan tu. 


Tapi, tak lama pun. Yalah sebab tu bukan perangai aku kan. Aku mana la tahan join perangai dia tu. Entah kenapa aku pun pelik. Dulu aku tahan sebab dia sorang je bermasalah ni sekarang ni tambah lagi sekor memang lah " Frust" wehh. Selama ni aku duk simpan je macam macam perangai kau. Sebab malas nak berbalah dengan orang kan. Tapi skrg kau rasakan. Hahaha Atagfirullahalazim. Tak bukan macam tu, yang hari tu je lah aku duk buat macam tu. Hari lain tak sebab dah taubat 😔

Cuma sekarang ni aku tengok muka dia pun aku malas. Yala buat muka sampah dengan kita sape je yang nak tengok kan. Ampun kan aku ya tuhan aku tak kuat lah nak jadi muka tembok. Apa yang aku duk fikirkan solution dia cumalah pindah dan mintak transfer ke tempat lain. 

Tak kuaadddd 😩😩😩😩😩


Takpe, bia la dia rasa dia betul aku tak kesah pun. Dan aku pun tak kata aku betul sangat, mmg salah aku sebab balas balik dengan apa yang dia buat dekat aku tu. Tapi masalah nya dia tak sedar ke ape yang aku duk buat tu sebenarnya ape yangd y duk buat dekat aku. Haihhh Bersyukurlah sebab aku bukan spesis kaki gaduh, yang diam je tak kesah ape orang duk buar dekat aku. 😇😇😇😇😇



Sekarang ni aku duk stress hmm nak pindah ke cane eh, sebab surat dah hantar dah dekat HR tapi entah lah dapat ke tak. Dan masalahnye lepas nie aku dah tanak keje lagi dah. Nie nak menamatkan kerja untuk tahun ni je sebenarnye. Tik tok Tik tok kejap lagi aku berambus lah. Tapi buat masa sekarang ni aku mmg tinggal tunggu je keputusan HR tu macam mana samaada dia porceed ke idok request aku tu. 


Apapun, aku nak cakap  yang buat sekali je dekat aku memang aku dah buang kau. Tak payah nak mintak mintak maaf, sebab aku mmg maafkan tapi aku ingat dan takkan ulang lagi. 
Nie memang pengalaman pahit buat aku, ditempat pertama aku start kerja tetap dan tempat terakhir aku kerja. Tak sangka, aku jumpa jugak manusia yang macam nie akhirnya kan. Terima kasih lah banyak banyak selama ni, tak kesah lah smaada niat kau memang nak bodohkan aku or memang nak pijak aku orang ambek kesempatan or else aku tak kesah, Doa aku semoga Allah ubah perangai kau tu jadi lebih baik dan semoga kau tak gaduh lagi dengan orang lain dan semoga kau tak jumpa orang yang perangai dia macam kau. Sebab dah terbukti sangat yang kau tak boleh terima perangai kau sendiri. Aamiin. 🙏

Semoga Allah mengampunkan dosa aku selama kerja, berkomunikasi, bermuamalah dan bekerjsama dengan kau selama ni. Keputusan aku, selamat tinggal dan aku tak harap untuk jumpa kau lagi.
🙋🙋🙋🙋

Tuesday 8 January 2019

Hidup dirampas handphone

Assalamualaikum, 

Pernah terfikir tak hidup tanpa Handphone
Maka lengkaplah tahun baru ku tanpa telefon 😓 mula mula rasa macam okay lah bole elok lagi ni, sampai kesudahnya hari ni pun masih meneruskan hidup tanpa handphone kesayangan ku ini (Pipo aku harap kau jangan merajuk lagi sebab aku cuma ada kau * Dengan harapan aku masih bole dibaiki)

So, apa yang aku mau kongsikan disini hari ini. Handphone sebenarnya benda wajib untuk setiap makhluk Allah yang namanya manusia. Buktinya, tanpa Handphone : - 

💁 Susah berhubung dengan rakan sekerja
💁 Susah berhubung dengan keluarga (Yang duduk asing dengan parent)
💁 Kerja terbengkalai ( Nak whatsapp org atasan pn payah)
💁 Bosan teramat sebab takda benda nak scroll (Insta, facebook, twitter dsbg tu) 
💁 Susah nak dapatkan maklumat (Terutama pasal kerja) 


Ayat macam asyik ulang ulang haha takdelah actually nak cakap yang macam macam benda dah save dalam phone dah set semua benda, bila phone takde rasa macam kelhilangan sangat sangat. Well, calendar dah set, notes macam macam dalam phone, screenshoot semua benda (daripada yang suka suka sampai lah benda penting terutamanya resit transfer) and everything else sebenarnya. 😫

Bukan nak kata apa, tapi ni lah sebenarnya kenyataan yang menyedihkan dalam kehidupan manusia. Benda ni jugak membuktikan bahawasannya setiap benda bukan milik kita, semua Allah punya. Semua yang ada didunia bergerak dan terjadi atas keiinginan Allah. Maka, banyakkan mengucap syukur dan jangan lupa Allah. 💞

Dah, takde nak kata apa lagi. Cuma berharap agar Pipo aku akan sihat. Aamiin. 

Maasalamah 🙋


Thursday 21 July 2016

Dia yang aku sayangi





22.07.2016 Tiba - tiba aku dapat satu pesanan dari seorang sahabat yang aku kasihi dunia akhirat. Sahabat yang sebetulnya aku menjadi matang bila bersamanya. I have something to tell u. Will u promise me u will never tell anyone till the day come ? U have to tell me jugak even u dont want kan haha. Okay, as we promised in the name of Allah i will never tell anyone about this. Dan aku masih tertanya tanya, ada apa sebenarnya dengan dia. 

Lama aku perhati berbulan aku tunggu. hari ini dia dengan rela hati untuk berkongsi. Takut, aku takut kalau hehe kalau yang dia mau share tu pasal 'KAMI' tapi aku sudah siap untuk terima semuanya. Sekali lagi pesanan ringkas tapi cukup menyakitkan, Allah. Airmata tidak henti mengalir aku mau percaya atau semua ni 'Prank' satu satu dia ceritakan. 




Ya aku rasa aku bukan mimpi. Aku tiba tiba sedar. Ini jawapan dari Allah untuk ak ? macam macam perkara negative yang aku fikir. Eya. menyakitkan. Untuk 'Dia yang aku sayangi' bertahan dan tetaplah untuk terus kuat dan berjuang demi mereka. Ak akan tetap disisi dan terus menyokong. 


Maasalamaah 🙋



Wednesday 20 July 2016

Langkah Pertama

Assalamualaikum Wbt. Alhamdulillah masih ingat pussword account nie. Lepas dari 'Stalk' blog org lain untuk mencari semangat yang hilang terkenang pulak blog yang sudah sekian lama ditinggalkan tanpa jejak ni. First step lepas "Meng-Clearkan" semua post yang dulu dulu tu. Masih macam dulu, masih ada peluang untuk meneruskan hidup. Yang berbeza mungkin umur dan paling berbeza mungkin 'Karekter' insyaAllah akan lebih baik dari sebelumnya. 

 Lama 'stop' sebab malas dan tidak punya ruang untuk menaip lagi. Sekarang mmg kerja menaip menaip dan menaip dan duduk depan PC dan humm sudah rindu untuk menaip diruang maya ni semula. Membebel sorang sorang tanpa ada kutukan dan tanpa ada 'Komenan' hehe masih belajar untuk kembali bergiat aktif 'berbicara di alam maya' semoga sedikit sebanyak bolehlah merawat duka sengsara aiseh. Dulu masa mula mula berjinak dalam dunia blog ni sebab waktu 'down' sangat tiada tempat mengadu dimana tidak ada yang melontar 'komenan' yang negative.

Sampailah terjumpa satu blog nie yang semakin baca semakin buat lagi jatuh 'cinta' dengan dunia blog. Sampai harinie masih baca setiap 'post' beliau. Dan harini sekali lagi berjinak kembali. Maaf la dunia blog bukannya mau jadi 'parasit' tapi betullah bila rasa 'down' dan tidak punya tempat meluah atau berkongsi masalah yang bertimbun dan bertimpa timpa datang ni rasanya buka blog dan baca setiap post terutamanya dari insan yang 'senasib' buat kan diri rasa 'Allah bukan kasi ujian cuma pada aku' dan tiba tiba rasa 'ter-motivated' dan kembali hidup semula. 

Ya Allah untuk yang "Senasib" semoga kita sama sama untuk terus berdiri dan me-motivasi' kan diri sendiri. Jangan lupa yang Allah tu tempat pertama untuk kita berkongsi. Salam sayang dari insan kerdil dengan nama  

Masih Disini