Tuesday 8 January 2019

Hidup dirampas handphone

Assalamualaikum, 

Pernah terfikir tak hidup tanpa Handphone
Maka lengkaplah tahun baru ku tanpa telefon 😓 mula mula rasa macam okay lah bole elok lagi ni, sampai kesudahnya hari ni pun masih meneruskan hidup tanpa handphone kesayangan ku ini (Pipo aku harap kau jangan merajuk lagi sebab aku cuma ada kau * Dengan harapan aku masih bole dibaiki)

So, apa yang aku mau kongsikan disini hari ini. Handphone sebenarnya benda wajib untuk setiap makhluk Allah yang namanya manusia. Buktinya, tanpa Handphone : - 

💁 Susah berhubung dengan rakan sekerja
💁 Susah berhubung dengan keluarga (Yang duduk asing dengan parent)
💁 Kerja terbengkalai ( Nak whatsapp org atasan pn payah)
💁 Bosan teramat sebab takda benda nak scroll (Insta, facebook, twitter dsbg tu) 
💁 Susah nak dapatkan maklumat (Terutama pasal kerja) 


Ayat macam asyik ulang ulang haha takdelah actually nak cakap yang macam macam benda dah save dalam phone dah set semua benda, bila phone takde rasa macam kelhilangan sangat sangat. Well, calendar dah set, notes macam macam dalam phone, screenshoot semua benda (daripada yang suka suka sampai lah benda penting terutamanya resit transfer) and everything else sebenarnya. 😫

Bukan nak kata apa, tapi ni lah sebenarnya kenyataan yang menyedihkan dalam kehidupan manusia. Benda ni jugak membuktikan bahawasannya setiap benda bukan milik kita, semua Allah punya. Semua yang ada didunia bergerak dan terjadi atas keiinginan Allah. Maka, banyakkan mengucap syukur dan jangan lupa Allah. 💞

Dah, takde nak kata apa lagi. Cuma berharap agar Pipo aku akan sihat. Aamiin. 

Maasalamah 🙋


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Masih Disini