Wednesday 9 January 2019

Aku Tak Layan Drama


Assalamualaikum, Haii 

Tengah mood elok pastu takde keje haa mula lah aku dengan jari popcorn aku nie (Tapi aku bukan keyboard Warrior okay) 🙊

Tak, cerita dia macam nie. Bismillahirahmanirrahim semoga aku bukan dari golongan yang mengaibkan orang dan diaibkan orang. Aamiin ya rabb. 

Aku memang lama gila lah kerja dalam department nie lama dari orang yang baru tu (Padahal baru 6 tahun) 😏
Aku nie sepanjang kerja sini memang nampaklah jugak "Happy" tue even kerja memang banyak gila tanggungjawab pun banyak MasyaAallah bukan mengeluh tapi memang banyak dengan kadar gaji yang Alhamdulillah masih cukup tapi kalau ikutkan kepenatan ni hmm 😔

Tapi, yang tapinya ni sebab sekeliling ni lah, kakitangan dengan tak, dia mmg punca dia mmg sebab kakitangan ja bukan sebab lain pun. Haha 😆 aku kawan dengan orang memang lah kadang aku rasa terlebih baik pun ada jugak sampai orang duk pijak pijak aku, Aku perasan tapi sebab yalah dah nama pun kawan kan. Yang menjadi masalahnya, bila orang asing datang pastu kau macam tak boleh nak masuk dengan dia sebab perangai dia tu memang kau tak berkenan pastu buat masalah pastu dengki pastu fitnah orang haiih memang berasap jugak lah, tapi aku jenis yang biarlah dia, takpe tak payah dah rapat lagi dengan dia. Haaa gitew so, kiranya aku nie tak suka sebenarnya gaduh gaduh tumbuk tumbuk nie sebenarnya, pastu aku pn buat lah macam yang aku plan tu. 

Tiba tiba... 

Kakitangan yang duk satu department ni pulak jenis yang dia ikut suka dia ja nak layan xlayan kita buang muka semua tu. Ehh, mmg dah lama perangai dia tu aku tau macam tu tapi kali ni kemalasan aku bertambah dek kerna kakitangan baru tu, so aku malas pedulikan hal orang. Dia layan aku ok tak layan sukahati kau. Pastu, Apa yang dia buat dekat aku, aku cubalah buat balik dekat dia pastu dia pun "Respon" weii, ehhh pandai mula terasa masa rossa semua kan, time dia buat macam tu dekat aku dia ingat aku ni tak terasa ka apa. 😒 marah pulak bila orang buat dia macam tu. Haaa baru kau tau perangai kau macam mana ? Macam tulah macam yang aku cuba praktik kan tu. 


Tapi, tak lama pun. Yalah sebab tu bukan perangai aku kan. Aku mana la tahan join perangai dia tu. Entah kenapa aku pun pelik. Dulu aku tahan sebab dia sorang je bermasalah ni sekarang ni tambah lagi sekor memang lah " Frust" wehh. Selama ni aku duk simpan je macam macam perangai kau. Sebab malas nak berbalah dengan orang kan. Tapi skrg kau rasakan. Hahaha Atagfirullahalazim. Tak bukan macam tu, yang hari tu je lah aku duk buat macam tu. Hari lain tak sebab dah taubat 😔

Cuma sekarang ni aku tengok muka dia pun aku malas. Yala buat muka sampah dengan kita sape je yang nak tengok kan. Ampun kan aku ya tuhan aku tak kuat lah nak jadi muka tembok. Apa yang aku duk fikirkan solution dia cumalah pindah dan mintak transfer ke tempat lain. 

Tak kuaadddd 😩😩😩😩😩


Takpe, bia la dia rasa dia betul aku tak kesah pun. Dan aku pun tak kata aku betul sangat, mmg salah aku sebab balas balik dengan apa yang dia buat dekat aku tu. Tapi masalah nya dia tak sedar ke ape yang aku duk buat tu sebenarnya ape yangd y duk buat dekat aku. Haihhh Bersyukurlah sebab aku bukan spesis kaki gaduh, yang diam je tak kesah ape orang duk buar dekat aku. 😇😇😇😇😇



Sekarang ni aku duk stress hmm nak pindah ke cane eh, sebab surat dah hantar dah dekat HR tapi entah lah dapat ke tak. Dan masalahnye lepas nie aku dah tanak keje lagi dah. Nie nak menamatkan kerja untuk tahun ni je sebenarnye. Tik tok Tik tok kejap lagi aku berambus lah. Tapi buat masa sekarang ni aku mmg tinggal tunggu je keputusan HR tu macam mana samaada dia porceed ke idok request aku tu. 


Apapun, aku nak cakap  yang buat sekali je dekat aku memang aku dah buang kau. Tak payah nak mintak mintak maaf, sebab aku mmg maafkan tapi aku ingat dan takkan ulang lagi. 
Nie memang pengalaman pahit buat aku, ditempat pertama aku start kerja tetap dan tempat terakhir aku kerja. Tak sangka, aku jumpa jugak manusia yang macam nie akhirnya kan. Terima kasih lah banyak banyak selama ni, tak kesah lah smaada niat kau memang nak bodohkan aku or memang nak pijak aku orang ambek kesempatan or else aku tak kesah, Doa aku semoga Allah ubah perangai kau tu jadi lebih baik dan semoga kau tak gaduh lagi dengan orang lain dan semoga kau tak jumpa orang yang perangai dia macam kau. Sebab dah terbukti sangat yang kau tak boleh terima perangai kau sendiri. Aamiin. 🙏

Semoga Allah mengampunkan dosa aku selama kerja, berkomunikasi, bermuamalah dan bekerjsama dengan kau selama ni. Keputusan aku, selamat tinggal dan aku tak harap untuk jumpa kau lagi.
🙋🙋🙋🙋

Tuesday 8 January 2019

Hidup dirampas handphone

Assalamualaikum, 

Pernah terfikir tak hidup tanpa Handphone
Maka lengkaplah tahun baru ku tanpa telefon 😓 mula mula rasa macam okay lah bole elok lagi ni, sampai kesudahnya hari ni pun masih meneruskan hidup tanpa handphone kesayangan ku ini (Pipo aku harap kau jangan merajuk lagi sebab aku cuma ada kau * Dengan harapan aku masih bole dibaiki)

So, apa yang aku mau kongsikan disini hari ini. Handphone sebenarnya benda wajib untuk setiap makhluk Allah yang namanya manusia. Buktinya, tanpa Handphone : - 

💁 Susah berhubung dengan rakan sekerja
💁 Susah berhubung dengan keluarga (Yang duduk asing dengan parent)
💁 Kerja terbengkalai ( Nak whatsapp org atasan pn payah)
💁 Bosan teramat sebab takda benda nak scroll (Insta, facebook, twitter dsbg tu) 
💁 Susah nak dapatkan maklumat (Terutama pasal kerja) 


Ayat macam asyik ulang ulang haha takdelah actually nak cakap yang macam macam benda dah save dalam phone dah set semua benda, bila phone takde rasa macam kelhilangan sangat sangat. Well, calendar dah set, notes macam macam dalam phone, screenshoot semua benda (daripada yang suka suka sampai lah benda penting terutamanya resit transfer) and everything else sebenarnya. 😫

Bukan nak kata apa, tapi ni lah sebenarnya kenyataan yang menyedihkan dalam kehidupan manusia. Benda ni jugak membuktikan bahawasannya setiap benda bukan milik kita, semua Allah punya. Semua yang ada didunia bergerak dan terjadi atas keiinginan Allah. Maka, banyakkan mengucap syukur dan jangan lupa Allah. 💞

Dah, takde nak kata apa lagi. Cuma berharap agar Pipo aku akan sihat. Aamiin. 

Maasalamah 🙋


Masih Disini